Wednesday, September 23, 2009

LAPORAN PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

: MOHD SARUDDIN BIN MAT ZIN
: MOHAMAD REDHZWAN ARIFF BIN KHAIRIL ANWAR
: KUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM
: JAMILAH BINTI MOK THER
: RAJA AMIRAH BINTI RAJA MAZLAN

UNIT : PENGAJIAN SOSIAL/BAHASA INGGERIS/BAHASA MELAYU
TAJUK : LAPORAN PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN
TARIKH MULA : 10 OGOS 2009
TARIKH HANTAR : 18 SEPTEMBER 2009

NAMA PENSYARAH : CHE HAZIDI BIN CHE WIL

SOALAN (a)

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang diperolehi dalam keputusan pilihan raya yang lepas,nyatakan bagaimana kerajaan campuran boleh dibentuk dan apakah kesan ke atas parti politik dan perkembangan politik negeri tersebut.

KERAJAAN CAMPURAN

Kerajaan campuran ialah kabinet kerajaan berparlimen yang terdiri daripada campuran beberapa parti politik. Sebab utama ini terjadi ialah tiada satu pun parti-parti tersebut dapat mencapai majoriti dengan sendiri di dalam Parlimen.

Senario ini jelas dapat dilihat di beberapa buah negeri di Malaysia selepas gelombang tsunami politik melanda pada Pilihan Raya Umum ke-12. Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional. Fenomena ini menjelaskan bahawa parti-parti pembangkang seperti DAP,PKR dan Pas memperolehi undian yang banyak serta menguasai negeri-negeri tersebut dengan majoriti. Namun begitu,senario sekali lagi berubah apabila Perak berjaya diambil kembali oleh pihak kerajaan dan negeri ini berpotensi untuk dijadikan sebuah kerajaan campuran.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KERAJAAN CAMPURAN

Kerajaan campuran boleh dibentuk berdasarkan beberapa faktor,antaranya adalah:

a) Kehilangan ½ sokongan daripada sokongan majoriti

Kehilangan sokongan ½ daripada sokongan majoriti akan menyebabkan kerajaan campuran boleh dibentuk. Kehilangan majoritti ini ditentukan apabila keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-12 telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah membuktikan terbentuknya kerajaan campuran di Malaysia. Barisan Nasional telah kehilangan satu per dua sokongan majoriti rakyat apabila Selangor,Perak,Pulau Pinang dan kedah jatuh ke tangan pembangkang. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya kerajaan campuran di Malaysia yang disebabkan oleh tiada satu pun parti-parti politik tersebut dapat mencapai majoriti dangan sendiri di dalam Parlimen.


b) Kuasa Perlembagaan

Di setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri,sebagai contoh di negeri Perak,pada asalnya Perak di perintah oleh parti pembangkang iaitu gabungan antara parti Pas,DAP dan keADILAN yang membentuk sebuah Pakatan Rakyat yang telah memenangi Pilihan Raya Umum yang ke-12 pada tahun 2008 dengan mendapat 31 berbanding 28 kerusi daripada Barisan Nasional. Namun begitu,senarionya telah berubah apabila 3 daripada pihak pembangkang telah keluar daripada parti tersebut dan telah menyebabkan parti pembangkang kehilangan majoriti. Dengan itu,dalam perlembagaan negeri tersebut telah menetapkan bahawa kerajaan campuran dapat dibentuk.




c) Kuasa sultan

Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan kerajaan yang ingin dibentuk dalam negerinya. Hal ini berdasarkan budi bicaranya yang termaktub dalam perlembagaan sesebuah negeri tersebut. Dengan ini,kuasa sultan juga dapat membentuk sebuah kerajaan sama ada kerajaan campuran yang ditadbir oleh pihak kerajaan ataupun oleh pihak pembangkang,atau hanya kerajaan dan juga pembangkang. Hal ini dapat dilihat dalam krisis politik di Perak sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah menyebabkan sultan berkuasa dalam pembentukan kerajaan di negerinya.


d) Kesefahaman pendapat

Kerajaan campuran juga boleh dibentuk apabila kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai kesefahaman pendapat walaupun mempunyai ideologi yang berbeza. Hal ini dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat serta memberi kepercayaan kepada rakyat untuk terus bernaung dibawah kerajaan yang dibentuk. Oleh itu,kesefahaman pendapat antara kedua-dua pihak juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kerajaan campuran dibentuk apabila tiada satu parti pun dapat mencapai majoriti dengan sendiri di Parlimen.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SESEBUAH PARTI POLITIK DI ATAS PEMBENTUKAN KERAJAAN CAMPURAN

Pembentukan kerajaan campuran di sesebuah negeri akan memberi kesan yang besar terhadap sesebuah parti politik. Antara kesan yang akan timbul adalah dalam bidang politik,sosial dan ekonomi.

POLITIK

a) Saingan dalam mendapatkan para penyokong

Parti politik terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Hal ini juga akan menyebabkan rakyat terpecah kepada beberapa ideologi yang di bawa oleh sesebuah parti politik. Apabila ini berlaku,sesebuah parti politik terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Dalam hal ini juga,manifesto memainkan peranan penting untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat dan sejurus dengan itu dapat menarik lebih ramai penyokong. Parti politik yang bersaing ini,terpaksa membuat beberapa buah manifesto yang betul-betul dapat menarik perhatian rakyat.

b) Saingan dalam parti politik itu sendiri

Dalam sesebuah komponen parti politik,parti tersebut terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan dalam komponennya. Sebagai contoh,dalam Barisan Nasional,komponennya di pecahkan kepada 14 komponen yang mewakili MIC(mewakili kaum India),MCA(mewakili kaum Cina) dan UMNO(mewakili kaum Melayu). Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat mengikut kaum masing-masing dalam sesebuah kerajaan campuran dan ini akan menambahkan lagi saingan mereka jika kerajaan campuran di laksanakan kerana parti politk bagi pembangkang juga akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

SOSIAL

a) Rakyat berselisihan pendapat

Disebabkan mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza,rakyat akan selalu berselisihan pendapat kerana masing-masing mengikut ideologi atau fahaman yang dibawa oleh parti penyokong masing-masing dan mereka juga akan berusaha menegakkan fahaman masing-masing. Hal ini akan mengundang pelbagai masalah dalam sesebuah negeri tersebut kerana masing-masing tidak sepakat dalam membuat sesuatu keputusan. Oleh itu,hal ini akan memberi kesan terjadinya perselisihan pendapat dalam kalangan rakyat.

b) Demostrasi jalanan

Demostrasi jalanan kemungkinan juga akan berlaku disebabkan mempunyai ideologi yang berbeza. Ketidakpuasan hati antara kedua-dua pihak telah mengakibatkan mereka melakukan tunjuk perasaan dan berlakunya demostrasi jalanan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka serta boleh mencetuskan pelbagai tragedi yang melibatkan nyawa seperti pukul -memukul,rusuhan,pergaduhan dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana mereka cuba menegakkan ideologi yang di bawa oleh parti politik masing-masing

EKONOMI

a) Ekonomi akan terjejas

Ekonomi dalam sesebuah negeri akan turut terjejas kerana apabila berlakunya sebarang demostrasi,segala urusan perniagaan terpaksa di hentikan untuk mengelakkan diri daripada terancam. Hal ini akan memberi sedikit implikasi kepada para perniaga kerana terpaksa menghentikan urusan perniagaan mereka. Hal ini juga disebabkan oleh perselisihan pendapat antara mereka mengikut ideologi masing-masing.


b) Pelaburan akan berkurangan

Apabila berlakunya perselisihan pendapat,rusuhan,pergaduhan dan demostrasi,segala kegiatan ekonomi akan terjejas dan pelaburan akan berkurangan kerana para pelabur hilang kepercayaan atau keyakinan untuk melabur dalam sesebuah negeri yang tidak mempunyai kestabilan politik. Hal ini kerana mereka akan mengalami kerugian disebabkan pelbagai rusuhan,pergaduhan,dan demostrasi yang berlaku serta terpaksa menanggung risiko yang banyak akibat perkara –parkara tersebut. Pelabur akan berubah arah untuk melabur di tempat lain,terutamanya pelabur asing yang telah hilang keyakinan dan kepercayaan serta akan mengurangkan pendapatan negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,kerajaan campuran merujuk kepada kabinet kerajaan berparlimen yang terdiri daripada campuran beberapa parti politik. Sebab utama ini terjadi adalah kerana tiada satu pun parti-parti tersebut dapat mencapai majoriti dengan sendiri di Parlimen. Oleh itu,kerajaan campuran dapat dibentuk. Hal ini juga akan memberi sedikit implikasi kepada rakyat yang menetap dalam sesebuah negeri yang mengamalkan kerajaan campuran. Implikasi ini memberi kesan dalam politik,sosial dan ekonomi. Isu ini juga dapat dilihat terhadap negeri Perak yang berpotensi untuk menjadi sebuah kerajaan campuran apabila pada asalnya dimenangi oleh pihak pembangkang,namun setelah itu,pihak kerajaan berjaya mengambil alih semula pentadbirannya setelah tiga orang daripadanya bertukar pendapat.

SOALAN (b)

Terangkan bagaimana proses pemilihan pilihan raya merupakan mekanisme yang diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen.

KONSEP PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA YANG DAPAT MENGEKALKAN CORAK DEMOKRASI BERPARLIMEN

Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia,Malaysia mengamalkan konsep pilihan raya bagi membentuk sesuatu kerajaan yang baru. Pilihan raya dijalankan setiap lima tahun sekali mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menetapkan beberapa undang-undang bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar,antara undang-undang tersebut adalah Akta Polis 1962,Akta Hasutan 1970,Akta Rahsia Rasmi 1972,Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan lain-lain lagi.
Mekanisme pilihan raya juga diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen. Melalui proses ini,kerajaan demokrasi dapat dibentuk. Demokrasi yang merujuk kepada konsep majoriti dan sokongan rakyat dapat membuktikan bahawa Malaysia menggunakan proses pilihan raya sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen.
Melalui proses pilihan raya ini,parti-parti politik akan terbentuk bagi bertanding dalam pilihan raya. Parti-parti politik yang membawa ucapan manifesto masing-masing akan cuba mempengaruhi rakyat melalui kempen pilihan raya yang dijalankan bagi mendapat sokongan daripada rakyat untuk mengundinya ketika di hari pengundian. Wakil yang bertanding dalam pilihan raya akan cuba mempengaruhi rakyat untuk mendapat sokongan. Dengan ini,rakyat dapat menilai bakal-bakal wakil yang dipilih untuk mewakili mereka bagi menyampaikan hasrat mereka di dewan Parlimen kelak. Calon-calon yang bertanding juga hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini serta akan hilang kelayakan sekiranya melanggar salah satu syarat kelayakan calon seperti didapati tidak siuman,bankrap atau muflis,memperolehi kewarganegaraan lain dan sebagainya.
Oleh itu,calon-calon yang bertanding perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk bertanding kerana mereka akan di nilai oleh rakyat melalui aspek keperibadian dan sifat-sifat kepimpinan. Dalam proses pilihan raya,calon akan menggunakan ‘janji-janji manis’ atau lebih dikenali dengan manifesto bagi menpengaruhi rakyat. Rakyat akan terpengaruh dengan manifesto yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding dan ini akan memudahkan calon yang bertanding untuk meraih sokongan daripada rakyat.
Proses pemilihan pilihan raya dikatakan sebagai mekanisme bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini dapat mengelakan daripada berlakunya amalan pemilikan kuasa sepenuhnya oleh sesetengah pihak atau lebih dikenali dengan "autoriti". Hal ini kerana apabila proses plihan raya dijalankan,para pengundi dapat menentukan calon yang ingin diundi dan dapat mengelakkan daripada manipulasi kuasa berlaku serta dapat mengekalkan konsep demokrasi itu sendiri. Oleh itu,sekiranya pilihan raya diwujudkan, konsep demokrasi berparlimen dapat diwujudkan kerana mengikut konsep ini,rakyat akan memilih calon-calon yang bertanding mengikut parti politik bagi membentuk kerajaan. Parti politik yang mendapat sokongan rakyat 2/3 akan membentuk kerajaan dan bertindak sebagai badan kerajaan serta merupakan anggota penyokong manakala parti politik yang tidak berjaya mendapat sokongan rakyat 2/3 akan bertindak sebagai anggota pembangkang. Dengan adanya penyokong dan pembangkang,sebarang pemanipulasian kuasa dapat dielakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fungsi pembangkang adalah untuk mengelakkan pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dalam bidang pentadbiran dan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyelewengan kewangan negara.
Kesimpulannya,proses pilihan raya merupakan mekanisme yang diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini memerlukan sokongan daripada rakyat bagi membentuk kerajaan demokrasi. Kerajaan demokrasi pula merujuk kepada konsep tiada badan yang memerintah atau bertindak sebagai satu kuasa penuh dalam pentadbiran atau dapat dijelaskan dengan adanya kewujudan kerajaan yang bertindak sebagai anggota penyokong, dan pembangkang yang berfungsi sebagai anggota pembangkang yang bertindak untuk memastikan kerajaan tidak melakukan penyelewengan dalam pentadbiran di Malaysia.

Tuesday, September 1, 2009

1st posting!!!

salam semua, ini merupakan posting kami yang pertama. Blog ini dibangunkan khusus untuk penuntut ipgm sessi sem satu (ambilan julai 09 la..) dan juga untuk semua masyarakat tanah air seadanya. jadi dalam blog ini kami akan menghasilkan nukilan yang berkualiti yang padat dengan informasi terkini dan juga sejarah berkenaan politik di negara kita (malaysia).blog ini ditulis khas oleh wan,din,ja,amira, dan juga kumar yang merupakan ahli unit ps/bi/bm. jadi selaku rakyat malaysia yang mementingkan 1 MALAYSIA, tidak salah jika blog ini dijadikn santapan minda bersama. sebarang komen dan kritikan amat dialu-alukan. TQ.