Wednesday, September 23, 2009

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KERAJAAN CAMPURAN

Kerajaan campuran boleh dibentuk berdasarkan beberapa faktor,antaranya adalah:

a) Kehilangan ½ sokongan daripada sokongan majoriti

Kehilangan sokongan ½ daripada sokongan majoriti akan menyebabkan kerajaan campuran boleh dibentuk. Kehilangan majoritti ini ditentukan apabila keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-12 telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah membuktikan terbentuknya kerajaan campuran di Malaysia. Barisan Nasional telah kehilangan satu per dua sokongan majoriti rakyat apabila Selangor,Perak,Pulau Pinang dan kedah jatuh ke tangan pembangkang. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya kerajaan campuran di Malaysia yang disebabkan oleh tiada satu pun parti-parti politik tersebut dapat mencapai majoriti dangan sendiri di dalam Parlimen.


b) Kuasa Perlembagaan

Di setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri,sebagai contoh di negeri Perak,pada asalnya Perak di perintah oleh parti pembangkang iaitu gabungan antara parti Pas,DAP dan keADILAN yang membentuk sebuah Pakatan Rakyat yang telah memenangi Pilihan Raya Umum yang ke-12 pada tahun 2008 dengan mendapat 31 berbanding 28 kerusi daripada Barisan Nasional. Namun begitu,senarionya telah berubah apabila 3 daripada pihak pembangkang telah keluar daripada parti tersebut dan telah menyebabkan parti pembangkang kehilangan majoriti. Dengan itu,dalam perlembagaan negeri tersebut telah menetapkan bahawa kerajaan campuran dapat dibentuk.




c) Kuasa sultan

Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan kerajaan yang ingin dibentuk dalam negerinya. Hal ini berdasarkan budi bicaranya yang termaktub dalam perlembagaan sesebuah negeri tersebut. Dengan ini,kuasa sultan juga dapat membentuk sebuah kerajaan sama ada kerajaan campuran yang ditadbir oleh pihak kerajaan ataupun oleh pihak pembangkang,atau hanya kerajaan dan juga pembangkang. Hal ini dapat dilihat dalam krisis politik di Perak sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah menyebabkan sultan berkuasa dalam pembentukan kerajaan di negerinya.


d) Kesefahaman pendapat

Kerajaan campuran juga boleh dibentuk apabila kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai kesefahaman pendapat walaupun mempunyai ideologi yang berbeza. Hal ini dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat serta memberi kepercayaan kepada rakyat untuk terus bernaung dibawah kerajaan yang dibentuk. Oleh itu,kesefahaman pendapat antara kedua-dua pihak juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kerajaan campuran dibentuk apabila tiada satu parti pun dapat mencapai majoriti dengan sendiri di Parlimen.

No comments:

Post a Comment