Wednesday, September 23, 2009

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SESEBUAH PARTI POLITIK DI ATAS PEMBENTUKAN KERAJAAN CAMPURAN

Pembentukan kerajaan campuran di sesebuah negeri akan memberi kesan yang besar terhadap sesebuah parti politik. Antara kesan yang akan timbul adalah dalam bidang politik,sosial dan ekonomi.

POLITIK

a) Saingan dalam mendapatkan para penyokong

Parti politik terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Hal ini juga akan menyebabkan rakyat terpecah kepada beberapa ideologi yang di bawa oleh sesebuah parti politik. Apabila ini berlaku,sesebuah parti politik terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Dalam hal ini juga,manifesto memainkan peranan penting untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat dan sejurus dengan itu dapat menarik lebih ramai penyokong. Parti politik yang bersaing ini,terpaksa membuat beberapa buah manifesto yang betul-betul dapat menarik perhatian rakyat.

b) Saingan dalam parti politik itu sendiri

Dalam sesebuah komponen parti politik,parti tersebut terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan dalam komponennya. Sebagai contoh,dalam Barisan Nasional,komponennya di pecahkan kepada 14 komponen yang mewakili MIC(mewakili kaum India),MCA(mewakili kaum Cina) dan UMNO(mewakili kaum Melayu). Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat mengikut kaum masing-masing dalam sesebuah kerajaan campuran dan ini akan menambahkan lagi saingan mereka jika kerajaan campuran di laksanakan kerana parti politk bagi pembangkang juga akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

SOSIAL

a) Rakyat berselisihan pendapat

Disebabkan mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza,rakyat akan selalu berselisihan pendapat kerana masing-masing mengikut ideologi atau fahaman yang dibawa oleh parti penyokong masing-masing dan mereka juga akan berusaha menegakkan fahaman masing-masing. Hal ini akan mengundang pelbagai masalah dalam sesebuah negeri tersebut kerana masing-masing tidak sepakat dalam membuat sesuatu keputusan. Oleh itu,hal ini akan memberi kesan terjadinya perselisihan pendapat dalam kalangan rakyat.

b) Demostrasi jalanan

Demostrasi jalanan kemungkinan juga akan berlaku disebabkan mempunyai ideologi yang berbeza. Ketidakpuasan hati antara kedua-dua pihak telah mengakibatkan mereka melakukan tunjuk perasaan dan berlakunya demostrasi jalanan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka serta boleh mencetuskan pelbagai tragedi yang melibatkan nyawa seperti pukul -memukul,rusuhan,pergaduhan dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana mereka cuba menegakkan ideologi yang di bawa oleh parti politik masing-masing

EKONOMI

a) Ekonomi akan terjejas

Ekonomi dalam sesebuah negeri akan turut terjejas kerana apabila berlakunya sebarang demostrasi,segala urusan perniagaan terpaksa di hentikan untuk mengelakkan diri daripada terancam. Hal ini akan memberi sedikit implikasi kepada para perniaga kerana terpaksa menghentikan urusan perniagaan mereka. Hal ini juga disebabkan oleh perselisihan pendapat antara mereka mengikut ideologi masing-masing.


b) Pelaburan akan berkurangan

Apabila berlakunya perselisihan pendapat,rusuhan,pergaduhan dan demostrasi,segala kegiatan ekonomi akan terjejas dan pelaburan akan berkurangan kerana para pelabur hilang kepercayaan atau keyakinan untuk melabur dalam sesebuah negeri yang tidak mempunyai kestabilan politik. Hal ini kerana mereka akan mengalami kerugian disebabkan pelbagai rusuhan,pergaduhan,dan demostrasi yang berlaku serta terpaksa menanggung risiko yang banyak akibat perkara –parkara tersebut. Pelabur akan berubah arah untuk melabur di tempat lain,terutamanya pelabur asing yang telah hilang keyakinan dan kepercayaan serta akan mengurangkan pendapatan negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

No comments:

Post a Comment