Wednesday, September 23, 2009

KONSEP PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA YANG DAPAT MENGEKALKAN CORAK DEMOKRASI BERPARLIMEN

Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia,Malaysia mengamalkan konsep pilihan raya bagi membentuk sesuatu kerajaan yang baru. Pilihan raya dijalankan setiap lima tahun sekali mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menetapkan beberapa undang-undang bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar,antara undang-undang tersebut adalah Akta Polis 1962,Akta Hasutan 1970,Akta Rahsia Rasmi 1972,Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan lain-lain lagi.
Mekanisme pilihan raya juga diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen. Melalui proses ini,kerajaan demokrasi dapat dibentuk. Demokrasi yang merujuk kepada konsep majoriti dan sokongan rakyat dapat membuktikan bahawa Malaysia menggunakan proses pilihan raya sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen.
Melalui proses pilihan raya ini,parti-parti politik akan terbentuk bagi bertanding dalam pilihan raya. Parti-parti politik yang membawa ucapan manifesto masing-masing akan cuba mempengaruhi rakyat melalui kempen pilihan raya yang dijalankan bagi mendapat sokongan daripada rakyat untuk mengundinya ketika di hari pengundian. Wakil yang bertanding dalam pilihan raya akan cuba mempengaruhi rakyat untuk mendapat sokongan. Dengan ini,rakyat dapat menilai bakal-bakal wakil yang dipilih untuk mewakili mereka bagi menyampaikan hasrat mereka di dewan Parlimen kelak. Calon-calon yang bertanding juga hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini serta akan hilang kelayakan sekiranya melanggar salah satu syarat kelayakan calon seperti didapati tidak siuman,bankrap atau muflis,memperolehi kewarganegaraan lain dan sebagainya.
Oleh itu,calon-calon yang bertanding perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk bertanding kerana mereka akan di nilai oleh rakyat melalui aspek keperibadian dan sifat-sifat kepimpinan. Dalam proses pilihan raya,calon akan menggunakan ‘janji-janji manis’ atau lebih dikenali dengan manifesto bagi menpengaruhi rakyat. Rakyat akan terpengaruh dengan manifesto yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding dan ini akan memudahkan calon yang bertanding untuk meraih sokongan daripada rakyat.
Proses pemilihan pilihan raya dikatakan sebagai mekanisme bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini dapat mengelakan daripada berlakunya amalan pemilikan kuasa sepenuhnya oleh sesetengah pihak atau lebih dikenali dengan "autoriti". Hal ini kerana apabila proses plihan raya dijalankan,para pengundi dapat menentukan calon yang ingin diundi dan dapat mengelakkan daripada manipulasi kuasa berlaku serta dapat mengekalkan konsep demokrasi itu sendiri. Oleh itu,sekiranya pilihan raya diwujudkan, konsep demokrasi berparlimen dapat diwujudkan kerana mengikut konsep ini,rakyat akan memilih calon-calon yang bertanding mengikut parti politik bagi membentuk kerajaan. Parti politik yang mendapat sokongan rakyat 2/3 akan membentuk kerajaan dan bertindak sebagai badan kerajaan serta merupakan anggota penyokong manakala parti politik yang tidak berjaya mendapat sokongan rakyat 2/3 akan bertindak sebagai anggota pembangkang. Dengan adanya penyokong dan pembangkang,sebarang pemanipulasian kuasa dapat dielakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fungsi pembangkang adalah untuk mengelakkan pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dalam bidang pentadbiran dan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyelewengan kewangan negara.
Kesimpulannya,proses pilihan raya merupakan mekanisme yang diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini memerlukan sokongan daripada rakyat bagi membentuk kerajaan demokrasi. Kerajaan demokrasi pula merujuk kepada konsep tiada badan yang memerintah atau bertindak sebagai satu kuasa penuh dalam pentadbiran atau dapat dijelaskan dengan adanya kewujudan kerajaan yang bertindak sebagai anggota penyokong, dan pembangkang yang berfungsi sebagai anggota pembangkang yang bertindak untuk memastikan kerajaan tidak melakukan penyelewengan dalam pentadbiran di Malaysia.

2 comments: